Kamis, 18 Desember 2014

SABUN TAHARAH

SABUN TAHARAH

Ia adalah sebuku sabun ~ bernama Taharah. Taharah ialah dalam Bahasa Arab yang bermaksud  satu bab dalam bidang Fekah yang membincangkan tentang kebersihan dan bersuci (rujuk : Wikipedia)

Saya tak tahu Bahasa Arab, tapi saya rasa lebih kurang itu lah maknanya. Tapi itu tak begitu penting, ianya sekadar nama sabun itu. Yang pastinya saya pun baru "berkenalan" dengan sabun Taharah ini. Dan saya rasa ramai lagi di luar sana, mahu pun kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai saya yang masih belum mengenali sabun ini.

Apa yang menariknya tentang sabun ini? Kenapa saya sibuk nak memperkenalkan Taharah ini kepada pembaca???
Mengikut info produk ini, ianya mengandungi 90% tanah liat dan salah satu kegunaan sabun ini ialah ia boleh digunakan untuk menyamak. Kaedah samak adalah seperti biasa iaitu satu kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.

Cara-cara untuk menyamak adalah seperti berikut:-
  • Masukkan sabun ke dalam sebaldi air dan kocak hingga air bertukar menjadi betul-betul keruh atau sabun larut.
  • Siram di tempat yang hendak disamak berserta niat.
  • Bilas dengan 6 kali air bersih/mutlak.


Adakah mencukupi menyamak dengan hanya menggunakan sabun sahaja?

Ya...memang saya pun mempunyai persoalan yang sama. Saya pun google-google dan berikut ialah jawapan yang saya jumpa:-

"Adalah tidak mencukupi menyamak dengan hanya menggunakan sabun sahaja. Ia perlu dilakukan dengan menggunakan campuran air tanah. Kita tidak berhak untuk menukar cara penyucian najis mughallazah yang telah ditentukan oleh Allah dengan menggunakan cara penyucian yang lain. Walau bagaimanapun, jika sabun taharah tersebut diyakini mempunyai unsur-unsur tanah melebihi 50 peratus, maka ianya telah memadai dan tiada bacaan atau ayat khusus ketika proses samakan dilakukan."



Dan berikut pula saya petik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-fatwa):-
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Keterangan/Hujah: 

i. Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.
Hadis Nabi S.A.W. :
طهوراناء أحدكم اذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب  ( رواه مسلم )
 
“Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah ”
ii. Berdasarkan zahir hadis hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam Al-Sharbini menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir (Mughni al-Muhtaj, Juzu’ 1, Hlm 137). Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.
iii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada.
iv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci.
v. Bagi umat Islam yang tinggal di luar Negara dan mudah terdedah dengan najis-najis mughallazah, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.
vi. Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak.
vii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain.
 

Sabun Taharah mengandungi 90% tanah liat yang suci, tanpa bahan pengawet, dan tanpa bahan kimia. Tidak seperti sabun yang lain, Sabun Taharah telah mendapat pengesahan dan sokongan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu. Disamping itu Sabun Taharah juga berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Sabun Taharah sesuai untuk kecantikan kulit, kegunaan bersamak, menghilangkan bau badan, bersuci & agen pelembap. Kesucian Dari segi hukum syarak, bersih itu belum tentu suci tetapi suci itu meliputi aspek kebersihan maka ia bererti bersih belum memadai. Sabun Taharah dirumus khas daripada tanah liat yang terpilih bagi digunakan untuk sabun mandian dan kecantikan sesuai untuk penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki. Kandungan tanah liat dapat membersih kulit dengan sempurna kerana tanah merupakan pembasmi kuman (antiseptik) yang terbaik. Penggunaan sabun Taharah ini telah teruji keistimewaannya dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit.Menghaluskan dan melembabkan kulit diseluruh badan. Penggunaan yang berterusan dapat menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal, kudis, panau, kurap, kulit kering serta rekahan tumit kaki. Selamat dan boleh digunakan oleh semua peringkat usia termasuk bayi kerana tidak mendatangkan kemudaratan dan kesan sampingan kepada pengguna. Ini adalah kerana campuran sabun Taharah tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit hanya sumber-sumber semulajadi digunakan dalam pembuatannya. Faedah Kepada Anda! Kegunaan untuk bersamak. Mengandungi Vitamin A, C dan E. Sabun Taharah ini mempunyai kandungan mineral dan zat galian secara semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium yang memberi kecantikan dan kesihatan pada kulit kita Mengandungi minyak zaitun yang memberi daya kelambapan yang sempurna amat sesuai untuk semua jenis kulit bagi semua peringkat usia untuk kecantikan dan kesihatan diri Mencerahkan, Menghaluskan dan Melembapkan kulit. Menghilangkan bau badan dan kotoran. Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan tumit kaki. Zat, vitamin dan mineral yang terkandung boleh menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan, kedutan pada muka dan memberi kesegaran yang berpanjangan. Serbaguna untuk basuhan sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain. Cara Kegunaan yang lebih berkesan 1. Biarkan Sabun Taharah di kulit yang bermasalah seketika supaya buih / air sabun ini benar-benar menyerap ke dalam kulit, kemudian barulah dibilas. 2. Jika demam panas, lumurkan Sabun Taharah ke badan supaya tanah liat akan meyerap panas / wap badan. Biarkan kering, kemudian bilas. Penggunaan yang berterusan setiap hari adalah digalakkan untuk memberi kesan yang lebih baik

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Tidak ada komentar:

Posting Komentar